Tuesday, November 30, 2010

Tanda - Tanda Si Dia Adalah Soulmate Kite!

Kita sering m'anggap, jika hanya dengan bertentang mata, m'dengar suara, hati berdetak sepertinya ada getaran current mengalir dibadan, itu tandanya dialah si jantung hati kita.Sekiranya korang rasa mcm2, betul ke memang si dia soulmate korang? Mungkin ada betulnya, mungkin tidak. Tp secara logiknya sekiranya;




1.Korang & Si dia boleh bekerjasama dalam segala perkara kecik ke besar ke, segala susah & senang sanggup diharungi bersama,sah jgn tunggu lebih lama lagi, pikat si dia sekarang  juga! Tp, kalu si dia adalah suami org, hentikan saja niat memikat tu! Ingat, jgn membina kebahagian dari runtuhan kasih sayang orang lain, ia sama seperti korang membina rumah, dari runtuhan batu-bata rumah orang lain. Korangingat boleh kukuh ke? Believe, what goes around comes around.

2. Si dia bersikap slumber saja. Maknanya dia menonjolkanciri sebenarnya dia, tanpa pura-pura. Pura2 jadilah baik kadang sesetengah org tu, maklumlah org nak memikat. Benda yg tak penah buat pun sanggup buat. So kalu korang da nampk sifat semulajadi dia yg baik tak pura2, rasa berkenan tu sambar je,Tp, biasala nobody perfect, rasa dah boleh terima kekurangan yang ada pada dia, hmm go head sajelah.

3. Nah skrg ini adalah yg paling getir. Aku sendiri  belum mlalui rasa ini. Dialah soulmate korang, jika korang & si dia dpt m'baca fikiran masing2. Maksudnya tanpa kata, korang & si dia tahu apa yg bergejolak di jiwa memasing. Perghh..kalu da ada chemistry begitu, elok sgtlah tu. Sehati & Sejiwa! Tp, awas kalu si dia tukang tilik @ dukun, sign ini tidak bermakna lagi !



4. Bersama si dia korang rasa tenang & syok saje spanjg hari. Tak tertekan langsung, malah waktu terasa berputar 24x kali lebihpantas dari biasa. Sah korang mabuk cinta. Jadi kejarlah cinta itu secepatnya. Ingat jodoh tak datang bergolek. Baik korang lelaki @ perempuan, both of you kene berusaha. Chaiyok 2x!

5. Ini penting!Si dia sentiasa ada bsama korang. Waktu senang & susah. Waktu korang cantik atau saat fizikal dah berubah. Waktu korang sihat & juga sakit. Pendek kata, sentiasa ada saat korang memerlukan dia. Jika itu terjadi, bahagia sdg menuju ke arah korang. 

6. Cinta itu buta barangkali orang boleh juga buta kerana cinta. Semuanya mungkin utk penyataan td. Jika si dia, boleh mengabaikan sejarah hitam korang, seluruh ahli keluarga korang,yg penting adalah masa dpn yg bkl diharungi antara korang b2, rasanya pada tahap ini, keikhlasan telah terserlah. Terimalah dia selayaknya. Kenapa korang pikir ada org lain lg bolehmenerima cacat cela korang. If u said Yes, jd tunggulah lagi.

7. Bila korang dah xmalu2 lagi menonjolkan kekurangan diri memasing. Contoh Ok saje keluar dating ngan dia xpakai mekap, sbb korng xsuka mekap, tp masa nak memikat dulu, kenelah cun2 skitkan, & korang yg lelaki pun main belasah je jalan sambil terkentot ke. Bila dah smpi tahap tu, dah bolehla berumahtangga.

8. Last but not least, aku dah jumpa sign ni, tapi aku xjumpe lg sign ke 3 td. Dia memg soulmate korang, jika korang rasa yg rahsia korang tsgtlah selamat brada ditangan si dia. Jika itu terjadi, jgn toleh ke belakang lg,Cambahkanlah lagi rasa bahagia itu hari demi hari.

Selamat Bercinta!!

No comments:

Post a Comment